Sesi Taklimat Berkaitan BUDI MADANI dan Aplikasi Price Catcher kepada petugas NADI seluruh Negara
17 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2024 (Selasa), petugas NADI Sg. Bandung telah menghadiri taklimat secara online melalui Zoom Meeting. Taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan berkaitan BUDI Madani dan aplikasi Price Catcher. Budi MADANI merupakan wadah Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang disasarkan. BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Terdapat tiga kategori BUDI MADANI iaitu BUDI My Subsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI individu.
Untuk aplikasi Price Catcher pula, pengguna boleh memuat naik aplikasi price catcher untuk mendapatkan harga 480 barangan terpilih di pasar basah, hypermarket, supermarket, pasar mini dan kedai runcit yang telah dipantau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: